WELCOME TO TUNAS KADET REMAJA SK LEFTENAN ADNAN

SELAMAT MELAYARI TKRS SK LEFTENAN ADNAN BLOG. SEMOGA IANYA DAPAT DIKONGSI BERSAMA DENGAN KRS MALAYSIA. DIBANGUNKAN JANUARI 2010.

Friday, January 29, 2010

SEJARAH PENUBUHAN TKRS SKLA


                TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
TKRS Tunas Kadet Remaja Sekolah atau lebih dikenali dengan nama singkatannya TKRS mula mendapat tempat di SK Leftenan Adnan berikutan jumlah murid yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Oleh kerana itu badan unit beruniform seperti Pengakap, PBSM dan Puteri Islam tidak dapat lagi menampung jumlah penyertaan yang banyak. TKRS
TKRS      Oleh yang demikian, pihak sekolah telah mengambil keputusan agar menyahut seruan kementerian pelajaran supaya TKRS diwujudkan di semua sekolah di Malaysia dijadikan realiti. TKRS
TKRS      Maka dengan itu, SK Leftenan Adnan telah berjaya mewujudkan Badan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah pada tahun 2006. TKRS
TKRS      En. Ruzaimie Bin Razak telah dilantik sebagai penasihat TKRS yang pertama bagi merealisasikan impian kerajaan amnya dan sekolah khususnya. TKRS
TKRS      Pada masa itu, hari kokurikulum diadakan setiap hari Rabu sehingga tahun 2007. Oleh kerana beberapa kekangan dan halangan TKRS tidak dapat menjalankan aktiviti dengan aktif bagi tahun tersebut. TKRS
TKRS      Walaubagaimana pun TKRS telah berjaya merangkul tempat Ketiga di dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Hulu Langat dan ianya merupakan pencapaian TKRS yang tertinggi dalam sejarah penubuhannya. TKRS
TKRS      Pada tahun 2008 aktiviti kokurikulum mula diadakan kembali pada setiap sabtu minggu kedua dan keempat pada setiap bulan. Pada tahun ini guru-guru SK Leftenan Adnan yang terlibat di dalam TKRS mula bergiat aktif dengan menyertai Kursus dan Perlantikan Pegawai yang membawa gelaran Leftenan Muda KRS. TKRS
TKRS      Pada tahun 2009 merupakan detik bagi pensukturan semula TKRS SKLA yang mana TKRS mula dilaksanakan secara sistematik dan mempunyai sistem fail. Jumlah keahlian pada tahun itu seramai 130 orang murid dan 4 orang guru penasihat. Mereka adalah Leftenan KRS En. Ruzaimie, Leftenan Muda KRS En. Syukri, Leftenan Muda KRS Pn. Ruslida dan Leftenan Muda KRS Pn. Norsharima.Pada tahun ini juga, TKRS telah berjaya menjalankan kursus pendedahan TKRS kepada hampir 50 orang ahli. TKRS
TKRS      Pada tahun 2010, TKRS kembali bergiat aktif dengan wujudnya Blog TKRS SK Leftenan Adnan sendiri di alamat www.lapskj-tkrs.blogspot.com . TKRS
TKRS      Blog TKRS adalah hasil idea dan usaha Ketua Penasihat TKRS SK Leftenan Adnan (Lt. KRS Ruzaimie Razak) dengan keizinan pentadbir SK Leftenan Adnan. Blog ini telah pun beroperasi Januari 2010. Ianya akan dipantau dan dikemaskinikan oleh guru-guru penasihat TKRS SKLA. TKRS
TKRS      Semoga TKRS SKLA dapat menjalankan tugas dan berusaha menjadikan TKRS adalah salah satu badan beruniform yang disegani oleh warga SKLA mahupun pihak luar.
      Pada tahun 2011 sekali lagi pasukan TKRS mengharumkan nama sekolah setelah berjaya ke peringkat Negeri di dalam pertandingan Kawad Kaki. Seramai 32 orang telah terlibat.
      Pada tahun ini juga terciptanya sejarah apabila 3 orang murid telah terpilih di dalam Kursus Kenaikan Lans Koperal dan Kopral. Hasil daripada itu Mohd Taufiq telah berjaya mendapat pangkat Kopral manakala Mohd Faiz dan Mohd Aidil telah mendapat pangkat Lans Koperal. Ini menjadikan TKRS kian meningkat prestasinya dari semasa ke semasa.
      Satu lagi sejarah dicipta apabila Pn. Juwaidah bt. Mohamed Nasir telah dilantik menjadi Left Muda KRS Juwaidah. Tahniah diucapkan. Semoga guru-guru menjadikan beliau sebagai contoh.
      Pada tahun 2012, kejayaan diteruskan dengan kawad kaki sekolah telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi pasukan Lelaki dan Perempuan di peringkat negeri. Adik Mohd Taufiq sekali lagi mengharumkan nama sekolah dengan mewakili ke perkhemahan TKRS ke peringkat kebangsaan dan berjaya mendapat Sarjan TKRS juga menjadi peserta individu terbaik peringkat kebangsaan.
      Pada 2013, rekod kejayaan diteruskan dengan pencapaian yang membanggakan oleh 5 orang murid mengambil ujian kenaikan pangkat dan berjaya memperoleh pangkat Koperal TKRS. Sesungguhnya ia menjadi kebanggaan SKLA kini.
TKRS
TKRS HIDUP TKRS, HIDUP TKRS, HIDUP TKRS, HIDUP TKRS TKRS

       SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN

                                      2011






No comments:

Post a Comment