WELCOME TO TUNAS KADET REMAJA SK LEFTENAN ADNAN

SELAMAT MELAYARI TKRS SK LEFTENAN ADNAN BLOG. SEMOGA IANYA DAPAT DIKONGSI BERSAMA DENGAN KRS MALAYSIA. DIBANGUNKAN JANUARI 2010.

Friday, January 29, 2010

SEJARAH PENUBUHAN TKRS SKLA


                TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
TKRS Tunas Kadet Remaja Sekolah atau lebih dikenali dengan nama singkatannya TKRS mula mendapat tempat di SK Leftenan Adnan berikutan jumlah murid yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Oleh kerana itu badan unit beruniform seperti Pengakap, PBSM dan Puteri Islam tidak dapat lagi menampung jumlah penyertaan yang banyak. TKRS
TKRS      Oleh yang demikian, pihak sekolah telah mengambil keputusan agar menyahut seruan kementerian pelajaran supaya TKRS diwujudkan di semua sekolah di Malaysia dijadikan realiti. TKRS
TKRS      Maka dengan itu, SK Leftenan Adnan telah berjaya mewujudkan Badan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah pada tahun 2006. TKRS
TKRS      En. Ruzaimie Bin Razak telah dilantik sebagai penasihat TKRS yang pertama bagi merealisasikan impian kerajaan amnya dan sekolah khususnya. TKRS
TKRS      Pada masa itu, hari kokurikulum diadakan setiap hari Rabu sehingga tahun 2007. Oleh kerana beberapa kekangan dan halangan TKRS tidak dapat menjalankan aktiviti dengan aktif bagi tahun tersebut. TKRS
TKRS      Walaubagaimana pun TKRS telah berjaya merangkul tempat Ketiga di dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Hulu Langat dan ianya merupakan pencapaian TKRS yang tertinggi dalam sejarah penubuhannya. TKRS
TKRS      Pada tahun 2008 aktiviti kokurikulum mula diadakan kembali pada setiap sabtu minggu kedua dan keempat pada setiap bulan. Pada tahun ini guru-guru SK Leftenan Adnan yang terlibat di dalam TKRS mula bergiat aktif dengan menyertai Kursus dan Perlantikan Pegawai yang membawa gelaran Leftenan Muda KRS. TKRS
TKRS      Pada tahun 2009 merupakan detik bagi pensukturan semula TKRS SKLA yang mana TKRS mula dilaksanakan secara sistematik dan mempunyai sistem fail. Jumlah keahlian pada tahun itu seramai 130 orang murid dan 4 orang guru penasihat. Mereka adalah Leftenan KRS En. Ruzaimie, Leftenan Muda KRS En. Syukri, Leftenan Muda KRS Pn. Ruslida dan Leftenan Muda KRS Pn. Norsharima.Pada tahun ini juga, TKRS telah berjaya menjalankan kursus pendedahan TKRS kepada hampir 50 orang ahli. TKRS
TKRS      Pada tahun 2010, TKRS kembali bergiat aktif dengan wujudnya Blog TKRS SK Leftenan Adnan sendiri di alamat www.lapskj-tkrs.blogspot.com . TKRS
TKRS      Blog TKRS adalah hasil idea dan usaha Ketua Penasihat TKRS SK Leftenan Adnan (Lt. KRS Ruzaimie Razak) dengan keizinan pentadbir SK Leftenan Adnan. Blog ini telah pun beroperasi Januari 2010. Ianya akan dipantau dan dikemaskinikan oleh guru-guru penasihat TKRS SKLA. TKRS
TKRS      Semoga TKRS SKLA dapat menjalankan tugas dan berusaha menjadikan TKRS adalah salah satu badan beruniform yang disegani oleh warga SKLA mahupun pihak luar.
      Pada tahun 2011 sekali lagi pasukan TKRS mengharumkan nama sekolah setelah berjaya ke peringkat Negeri di dalam pertandingan Kawad Kaki. Seramai 32 orang telah terlibat.
      Pada tahun ini juga terciptanya sejarah apabila 3 orang murid telah terpilih di dalam Kursus Kenaikan Lans Koperal dan Kopral. Hasil daripada itu Mohd Taufiq telah berjaya mendapat pangkat Kopral manakala Mohd Faiz dan Mohd Aidil telah mendapat pangkat Lans Koperal. Ini menjadikan TKRS kian meningkat prestasinya dari semasa ke semasa.
      Satu lagi sejarah dicipta apabila Pn. Juwaidah bt. Mohamed Nasir telah dilantik menjadi Left Muda KRS Juwaidah. Tahniah diucapkan. Semoga guru-guru menjadikan beliau sebagai contoh.
      Pada tahun 2012, kejayaan diteruskan dengan kawad kaki sekolah telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi pasukan Lelaki dan Perempuan di peringkat negeri. Adik Mohd Taufiq sekali lagi mengharumkan nama sekolah dengan mewakili ke perkhemahan TKRS ke peringkat kebangsaan dan berjaya mendapat Sarjan TKRS juga menjadi peserta individu terbaik peringkat kebangsaan.
      Pada 2013, rekod kejayaan diteruskan dengan pencapaian yang membanggakan oleh 5 orang murid mengambil ujian kenaikan pangkat dan berjaya memperoleh pangkat Koperal TKRS. Sesungguhnya ia menjadi kebanggaan SKLA kini.
TKRS
TKRS HIDUP TKRS, HIDUP TKRS, HIDUP TKRS, HIDUP TKRS TKRS

       SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN

                                      2011






Wednesday, January 27, 2010

Monday, January 25, 2010

COGAN KATA KRS DAN PENGERTIANNYA

‘ILMU IMAN AMAL”
 
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang
    berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual
    dan disiplin diri.

Saturday, January 23, 2010

KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT TKRS

KAD UJIAN – LANS KOPRAL

KAD UJIAN – KOPRAL

KAD UJIAN – SARJAN

PANGGILAN DAN PANGKAT TKRS

PAKAIAN AKTIVITI NO.4  – KADET PUTERA

 

PAKAIAN AKTIVITI TKRS

PAKAIAN AKTIVITI NO.4  – KADET PUTERA

 
PAKAIAN AKTIVITI NO.4  – KADET PUTERI

PAKAIAN RASMI TKRS PUTERA & PUTERI

PAKAIAN RASMI NO.3 – KADET PUTERA

 
PAKAIAN RASMI NO.3 – KADET PUTERI

BENDERA KRS

       

       

 

 

1. Warna HIJAU melambangkan
  a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk
 

b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

 

c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum

      KRS dan TKRS
   
2.

Cogan kata KRS/TKRS ‘ILMU IMAN AMAL

  ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
 

IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas

pembinaan diri.

 

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat

yang

 

            berterusan merupakan natijah daripada

kekuatan intelektual

 

            dan

disiplin diri.

LOGO KRS DAN PENGERTIANNYA

 
       

       
1. Perisai
benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
2. Bulan dan Bintang
Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
3. Dua Tangkai Padi Bersilang
Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan  
rasional dalam semua tindakan
4. Buku Yang Terbuka dan Rehal
Peranan

institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5. Warna Hijau
Alam skitar yang sihat.
6. Warna Merah
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara tercinta
7. Warna Kuning

warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

8. Warna putih
Keikhlasan serta kesucian.

MATLAMAT, OBJEKTIF KRS DAN TKRS

MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

 

 

 


OBJEKTIF
1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara
2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
3. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4.

Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan

mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

5.

Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi

pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

SEJARAH PENUBUHAN TKRS

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

TKRS DAN PUTERI ISLAM

PASUKAN KAWAD KAKI TKRS DAN PPIM SEKOLAH PADA TAHUN 2008

Tahun 2008 ialah tahun pertama  pasukan Kawad Kaki Sekolah TKRS ditubuhkan bagi menyertai pertandingan kawad kaki peringkat daerah.

BERBANGGA… Kejayaan tertinggi Pasukan Kawad Kaki Sekolah TKRS dan PPIM yang mana masing-masing telah mendapat tempat KETIGA dan KEDUA di dalam PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR TAHUN 2008.
Pasukan ini telah dilatih oleh Leftenan KRS Ruzaimie B. Razak. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SKLA yang terlibat.

LAGU RASMI KRS

LIRIK LAGU KRS

Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.



Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.



Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.



Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.



Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban
Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman
Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia


Download lagu di sini.
1. kadet remaja sekolah.mp3
2. kadet remaja sekolah minus one.mp3

PENDAFTARAN DAN LANTIKAN

Hari ini telah terlaksana pendaftaran secara internal data based. Ianya merupakan satu-satunya sistem yang dibuat khas untuk SKLA oleh Sir Mie untuk tahun 2010. Sistem ini akan dapat merumuskan jumlah murid mengikut kategori khasnya TKRS SKLA.

Selaku Ketua Penasihat, Sir Mie mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama daripada guru penasihat Lt. Muda KRS Pn. Ruslida, Lt. Muda KRS Nik Faizah kerana membantu dalam melicinkan segala urusan pendaftaran hari ini.

Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada jawatankuasa baru bagi sesi 2010. Semoga TKRS SKLA menjadi antara yang cemerlang di sekolah mahupun di peringkat yang lain.